Friday, November 11, 2011

Balik Kampung part II

Seperti yang dijanjikan, ini part II dimana kami balik bercuti ke Kg. padang Air. Agak rajin plak rase update blog 2 entry sekaligus. Maklumla masa ni adalah masa dimana angin kerajinan melanda diri (Suatu keadaan yang jarang2 berlaku). So, dibawah ialah rumah aku kat Kg. padang air:



Pandangan Depan.
IMG_0303
Pandangan Tepi.
Suatu fakta ttg rumah aku ni ialah, pada tahun lepas rumah ini bukan macam ni rupanya. Boleh dikatakan lain terus-total make over!. Ini adalah kerana mak yang xlarat nak menjaga rumah yang lama, sbb agak besar dan byk bilik. lagipun byk doh bhgn rumah yg dah usang. So, diorg design mcm ni supaya senang utk dijaga n angin senang masuk dlm rumah. Rumah lama agak panas sbb ruang tamu ada ditengah rumah dikelilingi oleh bilik-bilik, macam sauna rasenye kalu duduk tgk tv masa tgh hari!
IMG_0300
Ni plak pemandangan dari rumah aku –kat tepi rumah ialah Sekolah kebangsaan Padang Air. Perasan x ada kabel hitam panjang tu?bukan2…ia bukannya kabel gas trans-atlantik,tapi merupakan kabel bekalan air ke kedai depan tu.. jauh tu diorg tarik dari rumah tuan punya kedai tu.agak2 dalam 200-300meter kot.Rumahnya jauuuhh dibelakang rumah aku.
IMG_0311
Suatu petang tu kami jalan-jalan ke Kuala Terengganu. Agak banyak perubahan rupanya di K.T. suatu perkara yang pasti ialah banyak betul jalan sehala sekarang. Gambar diatas ialah semasa kami singgah disebuah kedai makan di jalan kamarudin, Batu Buruk. Sebab utama makan dikedai ni ialah dulu aku agak rajin makan sini…dulu2 zaman blajo n ronda2 gi bandar naik motor…
IMG_0312
makang mi sup + cili jeruk potong n cili gilis – EPIC WIN!
Rasanye tu jela kot sepanjang 7 hari kami bercuti. Ikutkan hati macam xcukup je 7 hari tu. Agak berbaloi la sbb dpt makan sotong celup tepung kat pantai.. n jumpa sanak sedara… suatu perkara yg pasti,maisarah cukup susah nak sesuaikan diri tanpa internet. yela, dia biasenye kalu bangun pagi ngadap youtube tgk upin ipin, boboi boy n pocoyo. alih2 balik kampung (kat pdg air la,umah Pn Lina ade internet) tu semua xdok.terpakse la pujuk dia ajk jalan2 naik moto round keliling kampung. Hmmm…silap aku jgk kot didik gtu. so kesimpulan lps ni, letak dulu siap2 cite faveret dia dlm fon kalu nk blk kg.hehehe…
Okay! sebagai penutupnya, ni gamba maisarah mengantuk nak tdo dlm flight. dari petang dia tahan mata nak tdo.
IMG_0318
Masa baru naik, puas pujuk dia pakai tali pinggang tu,akhirnye berjaye gak.
IMG_0320
Mulai kira biri2 …
IMG_0322
5minit lps tu tido pun!
Okay! misi balik kampung berjaya! Walaupun banyak perkara yang dirancang xberjaya dijlnkan sebab kekurangan masa, tapi yg penting enjoy..Yg bestnye, masa kami sampai kat LCCT tu, mom n dad in-laws gak yg jemput sbb diorg pun dtg kL.pastu kami gi makan seafood kat Bagan lalang. WIN!

Balik Kampung part I

Hujung bulan oktober baru ni kami bertiga balik kampung di Terengganu. Agak lame sebenarnya kami dah x balik kampung. Bukan ape, sebabnye aku baru habis final exam kat UPM baru ni. so 6 bulan sblm tu pyh la sket nak balik. Yang menariknye, tulah kali pertame kami naik flight balik Terengganu. Bayangkan betapa lamenye kami booking flight ticket –dari bulan 3! sampai kat LCCT sementara nak menunggu flight kami tu macam-macam karenah Maisarah. Tengok gambar ni :

IMG_0248

Mula2 sampai,dia bad mood sket sbb br bgn tdo.

IMG_0254

Sampai satu tahap dah xlarat nak larang Maisarah dr baring atas lantai. Buleh plak time ni flight delay dekat sejam…aduiii….

IMG_0270

Ni bile dah sampai kat Terengganu. N dijemput oleh my mom n daddy in Laws. yay! Sori daddy xde dlm pic ni sbb tgh nunggu dlm keta.

Buleh dikatakan kami balik dalam 7 hari la. Dan macam biasa, untuk mengelakkan sebarang konflik rumahtangga, 7 hari dibahagi dua. 3.5hari setiap seorang. Agak efisyen kan cara ni? Sayang btul kali ni xsempat nak mengelat dgn Pn. Lina macam sebelum ni sebab xde keta.Hohoho… so ni gambo kat K.Berang..

IMG_0290

Ni gambo Zahra sepupu Maisarah (Comel Kan?) Maisarah??tgh menyamar jadi meja kot..Dua2 aktif mengacau pok sedaranya,Ingg – (Hanya laptop beliau yg kelihatan)

IMG_0275

Antara aktiviti nokturnal sepanjang di k.berang. Kuar makan dgn Mang-Mel-Ingg(3 dari depan kiri), Sein (biras), turut menyertai jemaah ialah Puan Hafiza(adik ipar) n zahra! Ho yeah! lame doh xmakang kepok lekor!walaupun asalnye plan nak makan nasik lemak kat pasir panjang,tp kdai tu tutup, kedai ni pun bereh jer…sedap gopppp…

Okay sebenarnye byk lg kami gi jalan-jalan,cuma xsempat nak snap je gambo. Oleh itu tamat part I. Part II bakal menyusul,mengisahkan balik kat kampung aku plak, my very own kampung padang air. oh yeaaaahhh… Semua buat ombakkkkk!!!

Thursday, November 3, 2011

Ape dalam plastik?

 

Pagi ni ada sesuatu menarik. Sebab semalam ingg (adik ipar) mintak tolong amik sesuatu kat cheras. Sila ikuti gambar dibawah utk mengetahui perkara menarik tersebut.

 

photo (4)

Sekali nampak macam beg plastik (org ganu kate rajuk) biasa kan? tapi ape dia kat dalam? Here we go…

 

photo (3)

Ok dah nampak sikit kan? leh agak x ape dia tu?

 

photo (2)

tadaa..! sebuah iPhone!

 

photo

Tahniah ingg! sebab berjaya beli 3gs ni… cun lg mcm baru… mesti xsabo nak mari sini amik kan? hehehe…

Nota : Pemilik asal iPhone ni mmg bagi dalam bungkusan gini.Hahaha…