Tuesday, August 30, 2011

Selamat hari lahir yang ke 2 Marsya Maisarah

Kebetulan hari ni juga adelah Hari raya Aidilfitri yg juga adalah hari lahir Maisarah yang ke 2. Hmmm … dah besar anak abah. Hepy Bufday Maisarah! Rindu sangat teddy bear abah ni. Moga besar nanti jadi insan yang berguna dan solehah! amin…

IMG_0013

Monday, August 29, 2011

Peristiwa sepanjang ramadhan.

Assalamualaikum… pada masa post ni ditulis, hari adelah hari terakhir ramadhan dan esok raye!!! tapi apekan daya, malam ni aku tengah keje. Pn Lina dan maisarah dah siap dipos kat kampung. Dengar Pn Lina cite, Maisarah bukan main seronok dapat main hujan kat kampung. Almaklum la, dia duk kat putrajaya bukannye dapat main hujan. Jumpe tanah pun jarang-jarang… hehehe.

Ramadhan kali ni agak sibuk (bagi aku la). Malam ni keje, malam esok pun keje. Bangla pun dapat cuti time raye gini. Kalu x, xkan diorg pakat kumpul ramai2 kat KLCC tiap2 hari raye kan?.  Anyways, berikut merupakan sedikit peristiwa sepanjang ramadhan kali ni.

1. Bersahur di McD.

Idea ni datang spontan masa berbuka dengan miss Shamila n cah. Tgh2 makan tu tetiba je bagi idea nak bersahur kat McD. Semua orang pun setuju. Ape lagi, esok paginya tu, pukul 3.30 pagi kami pun gi ke McD Bandar Baru Bangi. Ni antara gambar2 nye.

IMG_0108

Pn Lina posing sambil diperhati oleh Cik Cah,manakala maisarah sibuk main ngn kotak burger.

IMG_0111

Syok btul semua makan fries…

IMG_0112

Tengok, awal pagi pun punye la ramai org dtg sini sahur.

2. Exam mid-term.

Bulan puase bulan mulia kan. so bulan mcm ni sgt ideal utk buat exam. Fikiran jadi tenang…org cakap kalu perut kosong, daya konsentrasi lagi kuat kan? (ayat penyedap hati.harap2 result ok).

IMG_0097

Amri sempat menghasut aku main game best kat fon dia. Adui…termakan hasutan..

IMG_0100

Orang yang paling steady dalam klas. Fareez n Nisa.

3. Malam sebelum Pn Lina n Maisarah balik kampung.

IMG_0117

4. Bayar zakat fitrah.

IMG_0120

Alahamdulillah…tahun ni masuk tahun ke3 bayar zakat fitrah utk 3org…anda camne?dah bayar zakat?

So, tulah dia antara recap sepanjang ramadhan ni. Selamat Hari Raya, maaf zahir batin sumer… Esok raye yay!