Wednesday, May 25, 2011

7 fakta tentang Maisarah.

Maisarah kini dah berusia 1 tahun 9 bulan. Rase mcm sekejap je. Dulu masa dia baru lahir aku takut2 je nak pegang dia sbb lembik sgt. Skg ni dia keras giler. Setakat jatuh biase2 tu xdak hal la (tapi mase dia jatuh tu mesti wat2 xnampak,kalu x dia akan nangis mintak tlg tiup kat tempat jatuh tu). Berikut merupakan 7 fakta ttg dia :

 

1.Kalu nak makan,mesti ada meja.

IMG_0004

2. Buleh minum 3 botol vitagen secara berganti-ganti tanpa rehat.

IMG_0007

3. Suka mengemas rumah. (Dari pandangan seorang budak)

IMG_0017

4. kreatif dgn lampin,cth: jadikannya sebagai topi/tudung?

IMG_0038

5. Menjadikan perkakas memasak Pn. Lina sbg mainan.

IMG_0048

6. Meletakkan sesuatu ditempat yang xsepatutnye.

IMG_0049

7. Sangat kurang tido siang, tapi sangat lena diwaktu malam.

IMG_0053

Tuesday, May 24, 2011

Kehilangan yg xdisangka …

 

Awal tahun 2001 dulu masa tahun2 awal aku kat UiTM Shah Alam, aku ada kenal dgn sorg budak dr klantan. Ranoorsyam name dia. Dia ni sekepala ngan aku. aku kumpul komik,dia pn kumpul komik. Aku ajak dia ponteng kelas, dia pun ikut. Pernah dulu dia ajak aku gi Pertama Complex sbb nk bli nset baru, aku ikut dia… Kami ponteng kelas petang tu…

Aku igt lg, ade suatu malam tu, dia datang ke bilik aku, suruh aku gunting rambut dia. aku ngantuk giler malam tu, tp sebagai kawan yg bertanggungjawab lagi berkaliber, aku gunting je rambut dia. gunting punye gunting, dia srh aku pakai plak mesin gunting rambut. padahal sblm tu aku xpenah gunting pakai mesin. Aku cakap kat dia aku xbiase pakai, dia cakap belasah je sbb dia kate xdok hal punye, kalau silap aku pandai cover balik. So aku pun pakai jela. PRAPPPP!!! aku mesin bahagian kiri rambut dia dgn selambanye. Aku terkejut. Dia pun senyap.

Pastu dia tanye aku pakai cukur nombor berapa? aku tanye dia balik, “Ada kena pakai nombor jgk ke?” So kepala dia botak sebelah kiri. Siap boleh nampak kulit kepala dia. aku pegang rase sungguh lembut kulit pale dia ibarat kulit bayi. Bagi meng’cover’kan keadaan, aku mesin plak sblh kanan pale dia. Esok pagi, dia masuk kelas dgn gaya rambut Tumulak filem Kongsi tu. Budak kelas semua “puji” rambut dia.

Lepas semester 2, kami duk kelas lain-lain. So, kami pyh sket nk jumpa. pastu sem-sem seterusnya kami lg jarang jumpa sebab aku duk sewa rumah n kelas kami langsung xsama. Biasela “Budak Engine”, kalu xrepeat paper, xsah. Seigt aku, last skali aku jumpa dia masa aku konvo thn 2004 dulu.

tahun 2010 dulu aku ade add dia dlm fb. Xsgke dia dh jd engineer skg. Malah dia ada blog gak. Dlm blog tu dia bahasakan diri dia sbg Pakd0. Sempat la skali-skala kami chat tnye khbr. Hinggalah semalam, aku terpikir, lame btul xkontek ngn Ranoor. aku search la dia kat fb. cari punye cari, fb dia hilang. aikk? peliknye… So aku google name dia. Ni antara search resultnye.

g00gle Ran00r

Aikk??? biar betul… aku pun bukak links tu… Astagfirullahalazim… Mmg betullah dia dah meninggal Disember 2010 yg lepas. Dia xciden di batu pahat dimana kereta Vios yg dinaiki bersama 2 lagi rakan sekerjanya jatuh kedalam gaung. Mereka cedera parah dan meninggal ditempat kejadian. 6 bulan kemudian baru aku tahu. Al-Fatihah kepada arwah dan rakan sekerjanya. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada mereka dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman… amin.

1_564786745l

R.I.P Mohd Ranoorsyam bin Abdul Razak (1983 – 2010 )