Monday, March 7, 2011

Kebosanan di Klinik Kesihatan Putrajaya.

Petang tadi kami gi Klinik sbb nk cucuk maisarah.

Ni video maisarah yg kebosanan melarikan diri dr kitorg.

Lepas tu dia kena inject…Ouch!

Thursday, March 3, 2011

Angkerisme di Putrajaya

(Cerita yang mampu meremangkan roma Puan Lina… dan aku juga)

Ni layout typical kuarters di Putrajaya. jangan gelak ok..

Aku malas nak lukis betul2…

pelan rumah

   Seperti rajah diatas, kami hanya guna bilik Master Bedroom n Ruang tamu setiap hari. manakala bilik 2 hanya aku guna bila aku nak study n wat assignment. Bilik 3? haaa…bilik ni hanye digunakan bile tetamu datang.So, kalu xde tamu, maka bilik ni mmg kami xusik n masuk pun.

   Maka pada suatu maghrib yang tenang, aku tergerak untuk tidurkan maisarah kat bilik 3. yela,bilik tu jauh dari ruang tamu. lagipun, malam tu ada live Raja Lawak. kalu aku gelak kuat-kuat pun Maisarah xdengar sangat. Pn. Lina xlayan sgt Raja lawak. Tepat je pukul8 Maisarah pun tido kat bilik 3 tu.

  Dari pukul8-9 lebih, keadaan tenang n tenteram. sehinggalah pada pukul 9.40. Tiba-tiba Maisarah nangis dengan kuat. Aku n Pn. Lina kehairanan. Xpernah lg Maisarah nangis kuat gitu. Aku cepat2 pegi kat bilik belakang. belum sempat lagi aku masuk kedlm bilik tu, Maisarah dah pun berlari keluar dr bilik tu. Aku dapat tgk muka Maisarah pucat. Tibe2 je aku rasa meremang bulu roma.

  Aku pun cepat2 dukung Maisarah n Pn. Lina pujuk dia jgn nangis. Xlama lepas tu Maisarah tdo balik n kami letak dia dlm Master Bedroom (sila refer rajah diatas). Aku cite balik kat Pn. Lina n dia pun rasa seram. Walaupun xnampak pape tp aku mmg xberhrp utk nmpak pun. Sebab dulu bilik tu aku pernah nampak lembaga putih… Citer tu akan dibuat utk post akan datang..(kalu aku rajin or terigt).

   Esokkan pagi pas subuh, aku n Pn.Lina pakat bace yasin kat bilik tu. Dgn harapan kasi cuci skit la bilik tu. Maisarah pula? dia sibuk nak ambik surah yasin tu dari kami. 2-3 kali gak postpone bace… Panjang plak post kali ni. Time kasih bace sampai habis. ~Fin.

Lawak x jadi

 

Pada satu petang yang hening, sepasang suami isteri sedang berborak-borak sambil anak mereka bermain keriangan. si suami kemudian memberi satu teka-teki kpd si isteri.

Suami: Syg,ade 2 orang penerjun nak terjun dari sebuah helikopter. si A seberat 50Kg manakala si B seberat 70Kg. soalannya ialah, siapakah yang mula-mula sekali turun ke bumi.

Setelah berfikir sejenak, si isteri menjawab…

Isteri: Nabi Adam!

Suami: Errr… camner sayang tahu...

 

Kesimpulan: Makin payah nak buat lawak dgn Pn. Lina skrg… Dia mcm dah tau jer… Confused smile