Saturday, October 23, 2010

Memori Ikan Emas


Adalah sebelum ni difahamkan bahawa ikan emas mempunyai memori sebanyak 3 saat sahaja. Ini bermakna jika ikan tu makan makanannya, maka 3 saat kemudian ia akan lupa adakah ia sudah makan atau belum. 

Tapi kajian terbaru menyangkal fakta tersebut. Ikan tersebut rupanya mempunyai memori selama 3 bulan atau lebih. Kalau nak tahu lebih lanjut, sile Google sendiri.

Apa kaitan entri ni dengan ikan emas? sbg permulaannya, dulu Maisarah begitu mudah lupakan sesuatu mainan yang diambil darinya. Kini tidak lagi, memori dia sungguh byk berubah, kadang2 2-3hari pun dia masih igt. dan mulut dia makin rancak bergerak, sama spt mulut ikan emas.oops!

Wednesday, October 20, 2010

Maisarah@met KLIA

Baru2 ni ade jamuan kat opis. Ni adalah aksi Maisarah menggigit cawan plastik bile dilepas bebas. Dia duduk diam???hmmm....

Kisah kereta Honda.

Tersebutlah kisah pada suatu petang. pukul 5.30ptg.

Kami meronda sekitar Putrajaya.

Bila sampai kat lampu isyarat, kena apit oleh sekumpulan kereta Honda(kelab kot).

Dengan masing2 berbekalkan enjin VTEC, kereta mereka mengaum2... dengan muka bangga, mereka memecut laju meninggalkan kami dan kereta2 lain bila lampu bertukar hijau.

Selang beberapa meter, mereka berhenti. ada yang rosak.

Kami teruskan perjalanan. bawak maisarah n Pn Lina ke Taman Botani.

Jam pukul7, kami bertolak balik.hala balik kumpulan kereta tersebut masih tersadai disana.


p/s:kereta perlu diselenggara selalu.

Saturday, October 16, 2010

Ada laa suatu pagi tu...

Pagi tu Maisarah sempat amik 1 frame gambo Puan Lina bersama adik ngahnye (Puan Hafiza).

Aku perhati Maisarah lame doh mark frame tu. Tunggu masa je nak ambik, cume kesempatan je xdok. Ada la satu pagi tu, tengah2 sibuk kami bersiap nak gi keje, dia sempat ambik frame tu dengan riangnye. Pegang2 bawak ke hulu-ke hilir... sampai la ke suatu masa bunyi, "PANGGG!!!"

Pecah...frame tu jatuh dan kaca bersepah2 atas lantai. Aku pun amik Maisarah bawak dia jauh dari kaca tu (Langkah keselamatan). Pastu amik penyapu n sapu2 kaca pastu gi buang kaca dalam tong sampah. Tinggal la kejap penyapu tu di tempat kejadian... Alih2 je bile sampai nak gi amik balik penyapu tu, kelihatan Maisarah tengah menyapu2 lantai... Ni gambar dia "Caught In The Act". Lajuuuu je dia (*_*)