Friday, May 28, 2010

Kemajuan utk hari ini.

Tempoh paling lame berdiri setakat ni 20++ saat lebih.

Hohoho...Tahniah Maisarah!!!

Thursday, May 27, 2010

Makan-makan-makan

Semalam akibat bosan tahap kronik, kami keluar makan.
x jauh pun kat Alamanda je.

Maisarah akibat kelaparan yang teramat.

Puan Lina yang agak sibuk membalas mesej.

Makan Time!

p/s:Lepas makan kami bergilir dukung Maisarah sbb kekenyangan yang terlampau.

Monday, May 24, 2010

Operasi Timbang

Pagi td Maisarah ada appointment ngn klinik Putrajaya.
Mungkin ada budak yang kena cucuk kot...hehehe.

Menunggu turn utk dipanggil.

Lapar sebab lama sgt menunggu.

Bila dah sampai turn, nurse cakap xpayah cucuk lg...Fuh! nasib baik ye Maisarah.hehehe...
Berikut merupakan cara Operasi Timbang & Tinggi dijalankan.

Mula2 slps dibogelkan, bacaan berat diambil. (hipotesis:Berat melebihi 10Kg)

Kemudian bacaan ketinggian diambil(sambil Maisarah merenung ke Abah).

Ujikaji selesai. Rumusan: Spesimen membesar dengan sihat.

Untuk appointment kali ni, berikut merupakan keputusannye:

Berat: 9.8 Kg
Tinggi: 78cm

Next appointment is on August 2010. Kali ni kena cucuk la plok! adui!

Sunday, May 23, 2010

Makan malam kat Restoran Tasik Idaman

Atas rekemen dari Adly, maka malam semalam kitorang kat Bangi Lama.
Oh ye, Pie+Ain ngan Pyan pun join. Venue : Restoran tasik Idaman.

Ni pintu masuk ke tempat makan terapung.

Pyan xsabar2 nak masuk (kelaparan sebab lame tunggu ktorg amik dia).

Pie n Ain sempat posing sambil Maisarah merenungnya.

Maisarah bermain2 sambil ktorg menunggu order.

Balik Time!

Kitorg makan Tomyam (tp Puan Lina cakap Asam pedas bukan Tomyam!),
Kailan
Ikan Masin, Sotong goreng, n kegemaran utama Katy Perry, iaitu Ikan Pari Bakar.
Ikan Pari Bakar memang sedap!
Pukul12 lebih ktorg balik n Maisarah tdo dgn jayanye dlm keta hingga ke pagi esok.

Wednesday, May 19, 2010

Cari benda lain,tapi beli benda lain kat KLCC

Keesokan harinye (hari Ahad) kitorg gi ke KLCC menuju ke tempat ni.
Sayangnye tempat ni tutup sbb under renovation. Pastu dengan kecewanya kitorg gi ke kedai lain dan membeli dua benda yang xdirancang pembeliannya.Huhuhu...Maisarah tido lena sejak dari dalam keta.


Terpinga-pinga wondering ade kat mane ni (pic baru bgn tido).

Pastu lepas penat jalan2, Puan Lina ajak gi makan kat sebuah kedai makan yang namanye jika ditranslatekan ke B.M membawa maksud yang same.

Bermain2 dengan buku yg baru Puan Lina beli.


Lepas sampai kat umah maisarah tdo dengan nyenyaknya.

Jom Jom Jom Heboh

Huh...malam sabtu baru ni kitorg gi Jom Heboh kat Putrajaya.
Punye la ramai umat manusia berpusu-pusu sana.
Ni gambar waktu petang sabtu (masa aku balik keje)

Waktu malam...kitorg gerak dari rumah lepas makan malam pukul8.30
Disebabkan jalan penuh sesak,maka kitorg 3beranak gi sane naik motor je.
Tapi punye la jauh kena pusing sebab banyak jalan tutup.Fuh...

Bergaya di lampu isyarat(bukan slalu leh amik gambo kat lampu isyarat tau)
Turut serta menyertai acara ini adalah jiran kami Hairul,Zura&baby Aina.

Maisarah yang mengantuk.

p/s : Keesokan harinya Maisarah selesema.

Thursday, May 13, 2010

Menjemput Mama

Disebabkan 2-3 hari ni Puan Lina membuat O.T demi kebaikan bersama,
maka menjadi tugas rasmi aku untuk jage Maisarah.
So far so good la sebab aku ada bakat jugak menjadi bapa ni.hehehe
Dan secara automatik la kami akan jemput Puan Lina untuk balik.
maklumla...malam kan. Atas tu gambar Maisarah bermain-main kat opis Puan Lina.

Sunday, May 9, 2010

Unplanned trip to HKL n makan kat IB.

Semalam kitorang melawat Pak Lang kat HKL. Alhamdulillah... xde nampak serius. maisarah sempat menanda kawasan kat HKL (berak laa,biasela org sihat mmg camtu). Tu gambarajah diatas menunjukkan operasi "Memakai Lampin".

Tengah-tengah tu jumpe plak membe lame mase duk Kolej Jati dulu. sini blog dia. xsgke byk2 tempat kat spital gak jumpe. dia masih pemarah eh, peramah mcm dulu. Mambo d Kuale dia Rocks!!!
Pas balik dr spital tu ktorang singgah jap kat Istana Budaya. Bukan tgk teater tp makan...byk makanan jual situ tapi ktorg makan ni :


Roti Arab n Teh 'O'

Kat IB ni byk gi menu cthnye nasik lemak, kue teow grg...byk lg la.tp Roti arab ni best gile wooo(sbb tgh lapar).Lagipun ade nyanyi2 lg dr Istana Budaya n kdg2 artis pun ade.

Maisarah tgh tdo sbb keletihan sementara Puan Lina sempat berposing penuh ayu.




Balik time!

Friday, May 7, 2010

Berkebun di pagi jumaat
















Ni la kebun aku kat umah.
aku tau...sekangkang kera je kan?
tapi better than nothing laa...
aku ade tanam pokok pandan( yang tiap kali Puan Lina kerat daunnye nak wat nasik lemak aku akan cakap,"Sian dia,pokok tu baru je nak hidup")
Dulu ade pokok sawi n lada,tapi mati doh sebab ktorg balik kampung seminggu xdok org nak siram.
Kebun ni lagi elok dari Farmville kot sebab dapat hasil yang betul n mengurangkan pemanasan global.
Yeah, berkebun rocks!

Thursday, May 6, 2010

Jeng Klenggg...skru minyak itam bocor...




Keta aku masuk bengkel...
biase la,keta berusia mmg gini.

masalah: skru minyak hitam bocor
penyelesaian: buang skru tu n masuk skru lain (proses yg sgt lame n mahal)

Sian Maisarah n Puan Lina kena tunggu sampai keta tu siap.
berpeluh2 lg... Tp yg bestnye dapat diskaun sbb ah soi tu suke kat Sarah.