Sunday, December 5, 2010

Menjawab Tag Cikgu Udin (Mr.M)

 

1. apa benda paling penting dalam hidup anda?

Tali pinggang keledar.

 

2. benda terakhir korang beli pakai duit sendiri?

Nescafe 3in1 kat shell otw g keje ptg td (sbb kat pantri keje dh abis akibat aktiviti penswastaan)

 

3. dimana tempat perkahwinan dan apa tema perkahwinan korang?

Kuala Berang dan Ungu…

 

4. adakah korang sedang bercinta sekarang?

Ya.

 

5. berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?

Selagi hayat dikandung badan(harap Puan Lina akn cair ngn ayat ni.hehehe)

 

6. novel/buku/majalah terakhir yang korang beli?

Mutiara Naga vol.7

 

7. antara mak ayah korang, yang mana korang lebih mesra?

Kedai Mesra Petronas.

 

8. namakan orang yang betul-betul korang nak jumpa dalam hidup korang?

Orang yg nak bagi aku duit .

 

9. adakah korang basuh baju korang sendiri?

kadang2…Kalu Pn Lina keje aku basuh baju sendiri.

 

10. di manakah tempat yang betul-betul korang nak pergi?

New Zealand (bukan Felda New Zealand),org ckp tempat tu bersih…

 

11. pilih salah satu, peluk atau cium?

?

 

12. beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda?

-ex Roomate

-Suke berkebun(hari2 dia pegi kebun nanas)

-Dia penah tulis jurnal n sorok dlm meja stadi(dulu aku penah curi2 baca,sory din!)

 

14. 5 lagu yang korang suka and selalu dengar?

-Twinkle2 little star

-Cak cekur udang gamit

(2lagu kat atas Pn Lina sokmo nyanyi ke Maisarah)

-Aizat-hanya kau yg mampu

(klu dgr lagu ni skmo terigt peristiwa dlm keta dgn Pyan lepas balik dari Hentian Pudu)

-Oasis-Dont Look Back In Anger

-Matta-Jatuh Cinta Lagi(Pn Lina sokmo suke psg lagu ni masa baru kawen dulu)

 

15. 3 blogger yang dipertanggungjawabkan untuk jawab tag ini ?

-Plankton

-Faizzoth Van Der Mofa

-Wan fariza

(Kalu diorg buke la blog ni,hahaha……T_T)

Saturday, December 4, 2010

Lukisan Maisarah.

Hari tu Puan Lina ade bagi buku n pensil kat Maisarah. Orang ckp melentur buluh biar dr rebungnye kan. Berikut merupakan hasil dari Maisarah:

 

Photo1273

1. Mula-mula agak bersemangat berkarya (lebih kpd menconteng sbnrnye).

Photo1274

2. 5minit kemudian, masih berkarya.

Photo1276

3.Setengah jam kemudian, buku dah terbuang(kat blkg), pensil dah kat mulut.

Photo1291

4. Keesokan harinye, nilah hasilnye sebuah buku bila dapat kat Maisarah.

Photo1292

5. Mukasurat pertama…(Byk mukasurat jadi m/s pertama..)

Photo1293

6. Mukasurat seterusnya.

Photo1294

7. The best result so far…

p/s: keta n matahari tu karya aku,yg gambo lidi(ke hujan?) tu kerja Maisarah.

Wednesday, December 1, 2010

Pemerhati bebas

 

Hari minggu lepas En. Pie n Puan Ain ade mari jalan2 kat sini. Diorang tido semalaman. Maisarah ape lagi? Hepy bukan main. asik ikut je Puan Ain. Sebab apa? diorang ada baby! Abdul Aziz yang kiut…

Maisarah obses gile ngan ajis(nickname). Mane ajis gi situla dia nak duduk. Gambarajah dibawah merupakan salah satu aktiviti Maisarah sebagai pemerhati bebas. Masa ni dia ralek(asyik) tgk ajis kena mandi.

Photo1265

Photo1266

Photo1267

Photo1268

perasan x tali tag Maisarah pakai tu? Tu ala-ala selempang best student la tu bile besar nnti.hua3…

Saturday, October 23, 2010

Memori Ikan Emas


Adalah sebelum ni difahamkan bahawa ikan emas mempunyai memori sebanyak 3 saat sahaja. Ini bermakna jika ikan tu makan makanannya, maka 3 saat kemudian ia akan lupa adakah ia sudah makan atau belum. 

Tapi kajian terbaru menyangkal fakta tersebut. Ikan tersebut rupanya mempunyai memori selama 3 bulan atau lebih. Kalau nak tahu lebih lanjut, sile Google sendiri.

Apa kaitan entri ni dengan ikan emas? sbg permulaannya, dulu Maisarah begitu mudah lupakan sesuatu mainan yang diambil darinya. Kini tidak lagi, memori dia sungguh byk berubah, kadang2 2-3hari pun dia masih igt. dan mulut dia makin rancak bergerak, sama spt mulut ikan emas.oops!

Wednesday, October 20, 2010

Maisarah@met KLIA

Baru2 ni ade jamuan kat opis. Ni adalah aksi Maisarah menggigit cawan plastik bile dilepas bebas. Dia duduk diam???hmmm....

Kisah kereta Honda.

Tersebutlah kisah pada suatu petang. pukul 5.30ptg.

Kami meronda sekitar Putrajaya.

Bila sampai kat lampu isyarat, kena apit oleh sekumpulan kereta Honda(kelab kot).

Dengan masing2 berbekalkan enjin VTEC, kereta mereka mengaum2... dengan muka bangga, mereka memecut laju meninggalkan kami dan kereta2 lain bila lampu bertukar hijau.

Selang beberapa meter, mereka berhenti. ada yang rosak.

Kami teruskan perjalanan. bawak maisarah n Pn Lina ke Taman Botani.

Jam pukul7, kami bertolak balik.hala balik kumpulan kereta tersebut masih tersadai disana.


p/s:kereta perlu diselenggara selalu.

Saturday, October 16, 2010

Ada laa suatu pagi tu...

Pagi tu Maisarah sempat amik 1 frame gambo Puan Lina bersama adik ngahnye (Puan Hafiza).

Aku perhati Maisarah lame doh mark frame tu. Tunggu masa je nak ambik, cume kesempatan je xdok. Ada la satu pagi tu, tengah2 sibuk kami bersiap nak gi keje, dia sempat ambik frame tu dengan riangnye. Pegang2 bawak ke hulu-ke hilir... sampai la ke suatu masa bunyi, "PANGGG!!!"

Pecah...frame tu jatuh dan kaca bersepah2 atas lantai. Aku pun amik Maisarah bawak dia jauh dari kaca tu (Langkah keselamatan). Pastu amik penyapu n sapu2 kaca pastu gi buang kaca dalam tong sampah. Tinggal la kejap penyapu tu di tempat kejadian... Alih2 je bile sampai nak gi amik balik penyapu tu, kelihatan Maisarah tengah menyapu2 lantai... Ni gambar dia "Caught In The Act". Lajuuuu je dia (*_*)





Monday, August 30, 2010

Selamat 1 tahun Maisarah


Hari ni genap setahun umo Maisarah.

Selamat 1 tahun ye Maisarah! petang karang kite makan kek. 

Yum3...

Wednesday, August 18, 2010

Bye Bye Peti Ais...


Akhirnye setelah hampir 2bulan iklan kat mudah.my, akhirnye terjual...

kiranye ok la, Letak harga RM200 n dinego dengan RM150...

Bye bye peti ais... teruskan hidupmu bersama tuan barumu, Encik Naim.

Tuesday, August 17, 2010

Puase ialah...


Aku harap masih blum terlambat untuk mengucapkan...


Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak...


Moga assignment n puase aku sempurna sem/tahun ni....hehehe


Juga, selamat pergi ke bazar ramadhan yang berdekatan anda.

p/s:bulan puase ni kemalasan untuk mengupdate blog makin menjadi-jadi!(alasan)

Wednesday, July 28, 2010

Hepy bufday makcik(???) Siti !

Ahad yang lalu kami(Puan Lina+geng2nye+aku) berkomplot. Yaa...sungguh evil suasana yang dirasakan pada malam itu. Dengan Encik Zam sebagai mastermindnye, kami seramai 6.5org (Maisarah tu dikira setengah sebab masih bayi yang masih kudus hatinya) membuat seprais(surprise!) ke atas Puan Siti. It's her birthday!

Yeah! the coast is still clear!

Tetap sempat bergambar didepan rumah sblm masuk membuat seprais.


Lilin dipasang sebelum memasuki rumah target.


Jawatankuasa penganjur majlis. Dari kiri Puan Lina, Kak Liza, Cik juice mempelam, Puan Siti, Encik Zam dan Puan sabrina.

Beliau yang diraikan (Hepy bufday Siti!-umur nak bagitau x?)


Antara hidangan...

Amirul yang berposing selamba...(ikut ibu dia kot)


Zakwan yang tido lewat pada malam tu.


Maisarah pun xterkecuali join da club budak tido lewat.

p/s: semua gambar diatas adalah dicilok dari FB Puan Sabrina. Jangan marah ye Sab!

Tuesday, July 13, 2010

Gara-gara malam tu...

Kadang-kadang bila dipikir balik rasa mcm nak tergelak je.
Ada la satu peristiwa malam tu.
Malam dimana aku dan Puan Lina nak men'konfem'kan sesuatu.
Maghrib tu aku dah beli pregnancy test tu.
Boleh pulak aku silap bace label n test bile dah lewat malam.
So, pendek cite, salah guna, tester tu rosak. terpakse la bli baru.
Tapi jam dah pun menunjukkan pukul 2am(yeah, 2pagi).

Sebab nak tau jugak, so kitorang keluar gak n ronda seluruh Putrajaya.
Akhirnye, sebuah 7-11 dikenalpasti menjual menda alah tu.
Aku meninggalkan Puan Lina dalam keta dan terus masuk ke 7E tersebut.
Aku terus menuju ke bahagian klinikal,mencari-cari apa yang aku nak cari.
TAPI TAKDE! alamak..."mungkin ade kat kaunter kot" bentak hati kudusku..
Ahh...wth..tanye je la, xrugi pun. "Ermmm...pregnancy test ade tak?" tanyaku.

"Ado be...kat bawoh kaungter ni" balas si cashier lelaki tu. Oh, ore klate ruponyo.
Dia dengan pantas mengambil tester tu. Aku terteriak girang dalam hati.
"Gini be caro nok paka, bla bla bla...(dia explain sambil aku khusyuk mendengar,xnak dah banana fruit 2times, serik dah...psst,Puan Lina sangat garang bila sedang marah) ...
...jadi, kalu 1garis maknenye xdok, kalu ado 2garis... abe keno berhati-hati la..."katanya sambil memandang aku dengan muka yang sinis dan memandang ke arah kereta.

Aku terkedu seketika....lalu terus membayar dan keluar dari 7e tersebut....

Kali kedua tu kitorg check n keputusannya positif.
9bulan kemudian lahir la seorang bayi yang agak sihat, namenye
Marsya Maisarah Mohammad Hafiz (rujuk gambar dibawah)


Friday, July 9, 2010

Makin pandai posing ye Maisarah

Ye kot org kate bdk pompuan ni suka bergambar.Aku baru je nak snap,dari duduk xdiam terus jadi pendiam.Ni buktinya.





Rambut agak berserabai...Budak rajin la katakan...

Tuesday, June 29, 2010

xleh duduk diam doh...





Ni seme gambo masa kat klinik. Duduk diam-diam mmg tiada dalam kamus hidupnye.

Tuesday, June 8, 2010

Sate di Nilai

Ni nama kedai makan tu.(Jangan tanye ayam tu dara ke x,aku xtahu.hehehe)

Memang asalnya nak makan ayam goleknye yang femes tu.Tapi sayangnye diorang x golek ayam hari tu sebab xdok stok.Jadi kitorang makan sate je (sbb tu je yg ade).Alang-alang sampai, sate pun, sate laa...
Agak senang gok nak cari kedai ni sebab kedudukannya tepi jalan je kat jalan lama Nilai-Labu-Seremban.

Ni sate ayam.

Ni plok sate ayam n daging. i've gotta say...sate ni mmg sedap!

Posing sikit Maisarah!!!

Ni komen aku pasal makan sini:

Layanan:
mesra pengguna dan cepat.Cuma sate la sampai lambat sket,tapi tu pun sebab sate kan...kena la bakar dulu.hohoho...

Sate:
xmacam kat tempat lain.satenye lembut dan rempah memang serap dalam daging tu.Punyela sedap kitorg take away lg 20cucuk tu...bile sampai kat umah pun sedap lg walaupun sejuk doh.

Ni map nak gi sana:

Kedai ni adalah di Kampung Rondok.

Kucing yang mencuba nasib makan sate.

Pasni leh r gi makan lagi sini.Tapi hala balik tu kitorang sesat.Nasib baik Puan Lina xtau tgh sesat.Kalu x,radio LinaFM akan berbunyi lagi...

Sunday, June 6, 2010

Maisarah yg demam


Gambo sblm demam. Mase dmm xdok gambo.


3hari ni maisarah demam.

Puan Lina 2hari xgi keje.

Aku pun xgi keje sbb mmg cuti (nasib baik).

Hari ni demam dah kebah. Maisarah balik mcm dulu. Cuma kali ni asyik melompat-lompat.

Friday, May 28, 2010

Kemajuan utk hari ini.

Tempoh paling lame berdiri setakat ni 20++ saat lebih.

Hohoho...Tahniah Maisarah!!!

Thursday, May 27, 2010

Makan-makan-makan

Semalam akibat bosan tahap kronik, kami keluar makan.
x jauh pun kat Alamanda je.

Maisarah akibat kelaparan yang teramat.

Puan Lina yang agak sibuk membalas mesej.

Makan Time!

p/s:Lepas makan kami bergilir dukung Maisarah sbb kekenyangan yang terlampau.

Monday, May 24, 2010

Operasi Timbang

Pagi td Maisarah ada appointment ngn klinik Putrajaya.
Mungkin ada budak yang kena cucuk kot...hehehe.

Menunggu turn utk dipanggil.

Lapar sebab lama sgt menunggu.

Bila dah sampai turn, nurse cakap xpayah cucuk lg...Fuh! nasib baik ye Maisarah.hehehe...
Berikut merupakan cara Operasi Timbang & Tinggi dijalankan.

Mula2 slps dibogelkan, bacaan berat diambil. (hipotesis:Berat melebihi 10Kg)

Kemudian bacaan ketinggian diambil(sambil Maisarah merenung ke Abah).

Ujikaji selesai. Rumusan: Spesimen membesar dengan sihat.

Untuk appointment kali ni, berikut merupakan keputusannye:

Berat: 9.8 Kg
Tinggi: 78cm

Next appointment is on August 2010. Kali ni kena cucuk la plok! adui!